Khamis, 15 April 2010

Kembali bercerita..........

Salam semua,
Lama tidak bercerita.Hari ini Nur Farah Arissa sudah berusia 10 hari setelah dilahirkan secara pembedahan pada Isnin 5.4.2010.
Mengapa pembedahan?Emmm...kalau boleh saya sendiri memang tidak mahu melakukannya malah tidak terfikir akan melaluinya apatah lagi kelahiran 3 orang anak sebelum ini berlaku secara normal.Namun segalanya telah tersurat,semuanya akibat tekanan darah tinggi....dan mungkin juga menandakan Arissa bakal menjadi anak bongsu saya....wallahuallam.Ye la....sakit jahitan dan luka pembedahan susah untuk saya terima dan hadapi kerana saya perlu berpantang di rumah sendiri jadi kebanyakkan perkara dan urusan saya perlu lakukan sendiri.Cuma jika suami di rumah barulah senang sedikit kerana sekurang2nya makan minum saya ada yang melayan....Lagipun pergerakan agak terbatas kerana duduk bangun semuanya menyakitkan.....
Kadang terfikir camane ramai yang memilih untuk menjalani pembedahan dari melahirkan secara normal?
Kalau ikutkan rasanya memang lambat lagi waktu untuk Arissa lahir sebab bila doktor periksa katanya kedudukan bayi masih terlalu tinggi....jauh dari pangkal rahim.Tapi oleh kerana tekanan darah saya yang turun naik maka doktor nasihatkan untuk saya segera melahirkan....sedangkan saya rasa darah saya naik turun kerana stress tinggal di hospital lama sangat.Hari yang sepatutnya hari check-up menjadi hari pendaftaran masuk hospital........
Dan,saya sepatutnya perlu memeriksa tekanan darah saya setiap 2 hari sekali di klinik dan kemudian hadir ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tapi saya rasa saya tidak sanggup lagi untuk ke hospital........stress.Takut kena tahan lagi...warded lagi sekali.....
Mana saya tidak stress....anak2 makin besar dengan pelbagai kerenah,tekanan tempat kerja-pergi dan balik kerja,perlu menguruskan makan minum keluarga dan pelbagai lagi.....Saya rasa kalau periksa tekanan darah saya sekarang pun mungkin ianya tinggi sebab stress kena jaga diri sendiri dan merasai luka pembedahan ini masa pantang.
Rasanya macam malas nak bekerja semula.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan