Selasa, 27 April 2010

Kembali bercerita........

Salam,
Jarang-jarang dapat buka blog saya ni dlm masa berpantang sebab Firdaus jarang nak ke tadika lagi pun rasa nak berehat je....
Hari ni Firdaus demam lagi..tak tahu samada berjangkit dengan kakaknya yang demam 2 hari lepas atau kawan di tadika...nasib baik mahu makan ubat demam tapi yang berperisa strawberri je...emmm tak kisah le janji makan.Nak lekatkan COOL FEVER kat dahi dia punyalah payah jadi kenalah kerap lap-lapkan badan dia dengan air sejuk.Kalau anak demam saya paling risau waktu malam sebab takut tak tersedar kalau badan anak panas gila......itu yang buat saya tidur2 ayam je.Jadi sambil bangun susukan Arissa sambil lap badan Firdaus....tapi nampaknya sampai tengahari ni demamnya masih belum kurang......alahai camne ni suami pulak balik keje kul 9 mlm.Terpaksa le saya bagi ubat demam yang semakin nak habis tu.....Kalau ikutkan memang takde rehat walaupun sepatutnya masa berpantang kita boleh berehat....yang saya pantang cuma makanan je.....nak buat camne dah anak2 tak sihat.
Terpaksa berhenti bercerita........
Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan