Jumaat, 29 Julai 2011

Beberapa aktiviti minggu lepas.....

Salam,

Beberapa gambar kenangan untuk aktiviti kami pada hujung minggu lalu.........

Ini adalah gambar kami menjamu selera pada 26hb Julai 2011 di Spring Potato restoran di Sri Gombak....
(Susunan gambar tidak teratur....:P) dan tiada gambar makanan yang kami order kerana segan dengan pelanggan lain....orang lain sibuk makan tapi kami sibuk bergambar...ape ke heynya????

Abang Fikri habiskan semangkuk Seafood Noodle,1setengah gelas air(termasuk air bandung cincau Ibu) dan 2 setengah cucuk Spring Potato....memang berbaloi bawak abang Fikri makan.....Ibu sayang abang....

Firdaus hanya makan Spring Potato jadik abang Fikri jangan marah kalau dia mintak Spring Potato abang Fikri walaupun sebenarnya Firdaus dah habiskan 3 cucuk Spring Potato sebelum ini...huhuuuuhuuu

Cik adik Arissa sayang sempat berkenalan dengan pakwe sebelah meja dan berkejar-kejaran...nasib baik tak ramai pelanggan waktu ini kalau tidak mesti diorg runsing nengok budak kecik ni dok berpusing-pusing tengah jalan....;)

Kak Ain sedang berposing berlatar-belakang poster Spring Potato

Cik kak Spring Potato sedang ambil order kami.......


Antara menu yang tersedia di restoran Spring Potato ini.


Cik Adik Arissa yang memang suka berposing...


Ini pula gambar abang Firdaus bersukan utk kali terakhir bersama Tadika Permata Kreatif kerana mulai tahun 2012 abang Firdaus akan mula bersukan di Sekolah Ren Taman Bukit Subang pula....


Sukan diadakan di tempat yang sama seperti tahun lalu...Tasik Titiwangsa....Tapi maaf abng Firdaus sebab Ibu tak dapat ikut,Arissa busyuk masih tidur dan Ibu pun rasa macam tak larat nak berjemur dalam keadaan yang sarat ketika ini....


Abang Firdaus dalam kumpulan Pink Panther sebab tu serba PINK...abang Firdaus malu-malu kucing la pulak...


Cikgu tengah touch-up abang Firdaus....


Ini pula gambar "Fathers And Children Activities" yang berlangsung pada 9hb Julai 2011...hehehheee bukan minggu lepas....tersimpan lama la pulok.Nama aktiviti sebegitu kerana saya dan Tini masing-masing tinggal dirumah kerana babysitting anak kami..hehehhehehee....But no worries kerana saya dah pun menonton filem tersebut bersama cik abang sayang pada 5hb Julai 2011.....


Mimi,Alya,Asyraf,anak sedara Tini dan abang Fikri bergambar setelah selesai menonton "Transformers"


Bergambar lagi......


Ini pula kegemaran abang Firdaus...kartun....Gambar diambil sebelum menonton "Transformers"...


Ini kawan lama abang Firdaus....Handy Manny


So kita tengok pula aktiviti lain di waktu lain.....wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan