Khamis, 14 Julai 2011

Gambar pertama bakal baby yang ke-5....

Salam,
Agak lewat upload gambar baby ni.....kerana lepas tu kena pi kursus 4 hari.....Alhamdullilah,kelihatannya baby sihat,itu yang penting sebenarnya sebab kehamilan tanpa dirancang ni kekadang buat kita risau.Ialah,baby tu dalam perut...kita tak nampak bagaimana dan apa yang berlaku sebelum,ketika dan selepas dia membentuk memjadi baby yang sempurna.Jadi,bila dah buat 3D scan ni....lega lah sikit perasaan kerana dapat melihat baby dalam keadaan baik....ALHAMDULLILAH.
Walaupun tidak kisah baby boy atau girl....dalam hati berharap jugak agar ianya baby boy...kononnya nak B,G,B,G,B.....tapi nyatanya ALLAH telah kurniakan saya seorang lagi anak perempuan.Dan saya fikir,elok juga dapat baby girl sebab boleh pakai baju Arissa....sambung pakai hehehheee....Baju pun masih dalam keadaan elok lagi jadik tak perlulah saya memborong baju baby seperti masa Arissa dilahirkan.Banyak baju baby yang lama sudah dilupuskan-hantar pada RECYCLE bin.
Susah juga nak tengok muka dia....sama macam Arissa......muka ditutup dengan kaki dan tangan.Tapi bila dapat tengok...eheheh....iras Arissa.......

Main nyorok-nyorok muka....


Nampak tu kaki sampai ke muka........


Semoga anak selamat dilahirkan...sihat walafiat......

Yang paling utama...anak dilahirkan secara normal...........amin..amin...amin

Tak mahu lagi duduk hospital 1 minggu.....penat dan sunyi.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan