Isnin, 9 September 2013

Maaf...........

Hari semalam biarlah tinggal sejarah........
Sekali lagi anakku itu mencabar kesabaranku.......
Fahamilah wahai anakku......adalah menjadi tanggungjawap Ibu menegur kesilapan,tingkahlaku dan tuturkata mu jika ianya tidak betul.Adalah menjadi tanggungjawap Ibu dan Ayah untuk mendidik anak-anak kami dengan didikan yang betul berlandaskan agama Islam.Atau kami akan disoal oleh Allah kelak mengapa kami tidak menjalankan tanggungjawap kami sedangkan Allah telah kurniakan cahayamata kepada kami.
Maafkan Ibu anakku...dari saat kamu dilahirkan sehingga kamu telah menginjak remaja kini.....Maafkan Ibu jika Ibu bukan seperti Ibu yang kamu inginkan...Namun Ibu dan Ayah tidak pernah putus-asa untuk memberikan segala yang terbaik buat anak-anak kami mengikut kemampuan kami.......percayalah.
Apa yang terjadi malam tadi amat Ibu kesalkan...Ibu tidak berniat untuk menolak kamu berulangkali...namun perbuatan kamu benar-benar menguji kesabaran Ibu.Salahkah Ibu menegur kamu untuk mandi dan solat setelah balik dari meraikan hari lahir kawan kamu??Lama benar Ibu lihat kamu menggunakan Twitter kemudian FB kemudian Instagram....sehingga waktu Maghrib hampir tamat....Dan kerana teguran itu kamu campakkan telefon Ibu...Ya..betul telefon iitu tidak rosak....tetapi apakah tingkahlaku kamu itu wajar kepada teguran seorang ibu?
Wahai anakku Nur Farah Ain binti Basima Suryati,ampun dan maafkan Ibu jika teguran Ibu untuk kebaikan kamu tidak boleh kamu terima.Maafkan Ibu atas sikap kasar Ibu setiap kali kamu mencabar perasaan Ibu.Maafkan Ibu kerana tidak dapat memberi segala kemewahan yang kamu impikan.Ibu redha dengan segala dugaan yang Allah berikan...Ibu redha jika suatu hari nanti kamu akan lupakan kami sebagai Ibu dan Ayah....jika itulah yang tersurat dari Illahi.





1 ulasan:

  1. Owh ibu.. lama tak kedengaran cerita farah ain.. bersabarlah wahai kekanda.. sesungguhnya kak ima seorang yg amat2 penyabar dan tabahbutk hadapi semua ini. Semoga Allah berikan yg terbaik utk farah ain menjadi anak yg solehah kelak.

    BalasPadam