Jumaat, 16 Januari 2009

Apabila ubat menjadi racun........

Minyak angin berkloroform

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta untuk tidak menggunakan sejenis minyak angin dikenali sebagai Kwan Loong Medicated Oil kerana mengandungi kloroform.Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Eisah A Rahman, kloroform adalah sejenis bahan yang biasa digunakan sebagai pelarut bagi menambah kelarutan dalam produk berkenaan.“Terdapat tiga jenis minyak dari jenama Kwan Loong iaitu Kwan Loong Oil, Kwan Loong Medicated Oil dan Cap Dua Singa Kwan Loong Minyak Angin,” katanya.Menurutnya, pada 27 November lalu, Health Canada mengeluarkan kenyataan Kwan Loong Medicated Oil tidak boleh digunakan kerana mengandungi kloroform.
“Kenyataan yang dikeluarkan itu menunjukkan penggunaan kloroform pada manusia tidak dibenarkan mengikut Peraturan Dadah dan Makanan (Food and Drug Regulations) di Kanada,” katanya.
Menurut Eisah, ia tidak dibenarkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kegatalan dan terbakar, malah boleh menembusi kulit dan menyebabkan kesan sampingan toksik.“Namun, produk berkenaan hanya didaftarkan bagi tujuan eksport dan tidak dibenarkan dijual di negara ini,” katanya.Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana produk Cap Dua Singa Kwan Loong Minyak Angin yang didaftarkan untuk pasaran tempatan tidak mengandungi kloroform.“Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang mengenai isu keselamatan jika menggunakan produk itu,” katanya.

- sumber Harian Metro 16/1/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan