Isnin, 19 Januari 2009

La la la..........

Salam,

Semalam Lagu Terbaik 2008 dimenangi oleh Meet Uncle Hussein....tahniah.Sebenarnya tak berapa berminat nak nonton AJL tu sebabnya frust Fiq tak dapat masuk....Tapi oleh kerana TV kat rumah tu ada satu je dan suami tercinta nak nonton terpaksa le kita nonton jugak....:(
Tapi saya memang suka dengar lagu MUH iaitu La La La Kerjalah.....adakalanya macam terkena kat diri sendiri walaupun bab Diploma tu agak tak sesuai.......

Ha... pening kepala... Memikirkan tak ada kerja... TANAM ANGGUR...
Diploma Ah gantung DI DINDING saja...
Ooo, lega rasanya... JAWAT kerja pegawai pemasaran...
Di Pertama... Rupa oh rupa2 nya... Kerja AM saja...
Chorus:La la laHari hari kerja... La la la
Bosan dengan kerjaLa la laHidup harus kerja... kerja...
Repeat chorus 2x
Ahhhh... terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu... mengantuk~...
Subuh hingga senja... Hari hari sama saja...
Ahh... nak bancuh kopi...
Tapi gulanya TIADA... Minum saja...
Kerja bagai nak gila... TAK JUGA KAYA...
Repeat chorus 2x
Gelisah... ku gelisah...
Mengenangkan masa depan... Ku harus kerja...
Ohhh mesti kerja... Tiada ada apa yg percuma...
REALITI jika tiada kerja... Ohhh, papa kedana...
Repeat chorus 2x
Kekadang memang malas dah nak kerja makan gaji ni.....dah tak lalu nak travel by bus.....sebabnya dah 15 tahun turun naik bas......dari zaman bujang hingga dah anak 3.Nak memandu, banyak gak kena fikir.....takut,takut,takut dan minyak.Takut tu yang utamanya sebab kat jalanraya we can't predict what in their mind walaupun mereka expect kita boleh baca fikiran mereka, tu yang bila nak masuk simpang tak bagi signal, nak keluar simpang tak tengok kiri kanan...seriau dengan tabiee manusia ni......Last-last kita yang langgar pokok.Lagi satu hal - laju......tak tahu le apa nak dikejarkan. Nak kejar rumah rasanya rumah takkan lari.....ohh sakit perut agaknya.....toilet kat stesen Petronas kan ada........
Anyway,masih berkira-kira nak bawak kereta sendiri ke ofis......nak ke tak nak??Sanggup ke tak?? Tak sure lagi le........
Jumpa lagi,insyaallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan