Jumaat, 30 Oktober 2009

Cerita seram hujung minggu.......

Cerita seram aka lawak dari internet.........
Cerita 1
makcik aku cerita kat aku 2 minggu lepas dia keluar dari hospital sebab melahirkan anak. tapi cerita ni aku buat don't know jer sampailah aku sendiri bertanya pada sorang jururawat yang bertugas kat hospital tu. jururawat tu cakap yang perkara mcm tu memang selalu terjadi dan moral of the story is kepada pompuan2 yang masih subur.PLEASEEEE!!!! jangan jadi pengotor!mcm ni ceritanya.makcik aku ni dia baru je lahirkan anak yang ke 2. zaman sekarang nie kalau tak lahir kat hospital,susah nanti urusan dengan pendaftaran.silap2 kena denda.tapi tu hal lainlah.yang aku nak citer nie ialah masa malam(tak tau ler malam ape) makcik aku nie dia nak terkucil. so dia pun jalan le pi toilet.then dalam toilet tu dia nampak ada org pompuan lain selain dari dia.so dia pikir yang pompuan tu pun salah sorang pesakit mcm dialah.so dia buat don't know jelah.pompuan tu rambut panjang jatuh menutupi muka dan duduk mencangkung mengadap tong sampah.makcik aku ni tak le busy body nak sibuk ajak bertegur sapa.almaklumlahkan..dia sendiri berhajat nak melepaskan bebanan kumbahan dalam badan. so dia tak tegur lah pompuan tu.then di jalan le belakang pompuan tu.bila dia dah dekat dengan pompuan tu dia pun gatal le nak tengok apa pompuan tu buat.then dia ternampak yang pompuan tu tengah pegang tuala wanita yang berdarah dan menjilatnya.apa lagi,hilang sakit perut dan menjerit ler sekuat hati.then pompuan tu bangun dan terus terbang ke arah tingkap.lepas tu makcik aku cakap dia dah tak ingat aper2 dah.yang dia ingat lepas dia sedar,dia dah kat katil dia dan jururawat tengah kipaskan dia.
Cerita 2
ni member aku yang kena...masa tu dia tenah mandi kat dalam toilet..dalam toilet tu ada 4 bilik mandi..dia mandi dalam bilik mandi yang ke 3..dalam kul 4 pagi lbey tu memang tak ramai yang dah bangun..dia ni memang stok2 yang mandi dulu pastu tido balik...tengah syok2 mandi tu tiba2 dia terdengar bunyi bising dari luar..riuh semacam..dia pun pasang la telinga..suara macam budak2..tengah hentak2 kaki kat lantai..pelik la jugak mana datang budak kecik tu..dia terus slowkan paip..dengar pulak budak tu nyanyi2...pastu main kra2..dialog dia lbey kurang camni la.."e eh ada orang mandi la""a ah la"sambut yang len."Kat mana tu?""jom cari.nombor satu...nombor dua...nombor tiga...."senyap..member aku yan kat dalam baldi tu dah menggeletar dah..dah la air sejuk..sekali kena macam tu pulak..dia pasang telinga je..derap kaki budak2 tu makin dekat..bila dah ada kat depan pintu toilet no 3 tu dorang berhenti...berdebar dah minah tu...terasa macam pintu di ketuk bertalu2..."aini!Aini"member aku dah terdiam.macam mana la pulak dia tau nama aku ni...member aku memang dah cuak abes..."Aini,lepas kau mandi aku eh,"tiba2 aini macam tersedar..tu macam suara dorm mate dia..mana budak2 tadi tu...cepat2 dia bersiap..bukak je pintu memang dah tak ada sapa pun kat toilet..balik bilik je dia nampak member dia yang engah panggil dia tadi tengah tido...nak buat macam mana..nasib baik tak ada apa2 jadi..tapi tak serik2 pulak si aini tu nak mandi pepagi bute sorang2....
Cerita 3
Cerita nih jadi di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Tahun 1994.Makcik Hindon nih keja sebagai cleaner kat MPTB, cerita nih aku dengar dari dia on her last day working at MPTB.Sehari sebelumnya.....Semalam dia kena duty sapu sampah kat library. Library kita org agak besar jg lah, ada dua tingkat dan tingkat atas tu biasanya lebih ramai yang berdating sambil belajar....Masa tu jam awal lagi dalam kul 8.30pagi, makcik nih startlah sapu sampah dari tingkat bawah naik ke tingkat 1. Kat ceruk di celah celah rak buku adalah sebiji meja yang agak tersorok skit (port dating) makcik nih nampak sorang student pompuan dok study kat situ, dari belakang nampak dia pakai baju kurung rambut lurus lepas bahu skit...Makcik nih buat dono sapu kat tempat lain dulu...Sapu punya sapu punya sapu jarak semakin dekat ngan budak pompuan tadi, makcik tu pon tegurlah tapi dari belakang dak pompuan tu.... "Tak ada kelas ka?" Dak pompuan tu geleng. Makcik cakap lagi "Berani dok kat atas nih sorang sorang tak takut ka? gelap lagi nih".... Tetiba jer makcik rasa ada benda melayang kot atas kepala, tengok jer atas makcik nampak budak pompuan tu dah terbang atas rak rak buku ala ala superman, makcik apa lagi pecut laju cam road runner turun bawah....Sampai kat bawah kerani perpustakaan dah bleh agak apa jadi, so dia suruh makcik tu mengucap dan istifar banyak banyak... Yang best nyer nakcik tu bleh cakap "Dah lah siang nasib baik aku tak nampak muka dia"...begitulah cerita Macik Hindon kat aku.Ok lah nak, makcik nak balik dah, hari nih last day makcik minta maaf kalau ada salah silap... Chow...Makcik pon kayuh basikal trurn bukit sambil melambai tangan kat Pak Guard ketika melwati guard post...
Nanti lain kali cerita lagi........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan