Rabu, 28 Oktober 2009

Rumah......


Adakalanya hidup kita ni perlukan angan-angan sebagai pemberi dan penaik semangat untuk mencapai apa yang diinginkan disamping dorongan dan sokongan orang tersayang.Dan,impian itu saya mulakan dengan menyimpan pelan dan rekabentuk rumah yang boleh didapati dalam internet........kelebihan kuasa IT.Seronok bila berangan ni walaupun berangan jadi kaya tak pernah saya fikirkan.....tak terfikir pun akan jadi orang kaya pada suatu hari nanti.Kalau nak kata saya ni jenis suka duduk ditakuk lama,terserah la......sebab saya lebih senang hidup bersederhana.Bukan tak pernah hidup susah memandangkan ibu saya merupakan Ibu Tunggal tentu anda semua boleh bayangkan kepayahan dan keperitan kehidupan kami di KL ini namun alhamdullilah saya bersyukur kerana kesusahan kami dulu tidak memaksa saya melakukan kerja yang tidak halal atau menjadikan saya orang yang tidak baik,terima kasih mak sebab mendidik saya dan kakak agar menjadi manusia yang berguna.Dan,hingga kini setelah berkeluarga walaupun saya masih belum menjadi kaya, saya tidak kisah janji kami sekeluarga tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain, buat masa ini dan seterusnya Insyaallah.Saya percaya pada rezeki kurniaan Illahi kerana yang penting usaha kita untuk mendapatkannya adalah dengan menggunakan tulang 4 kerat kita sendiri.
Berbalik pada angan-angan saya, diatas saya sertakan gambar salah satu dari banyak contoh pelan rumah yang saya simpan untuk digunakan apabila tiba masanya....walaupun masih jauh jarak waktu itu.Dan,insyaallah jika jodoh dan usia kami panjang........AMIN.Sebenarnya pelan rumah itu adalah contoh pelan rumah US tapi saya sukakan rekabentuknya.Susun atur pelan itu boleh diubah mengikut kehendak kita dan contoh ini akan saya jadikan panduan untuk membina rumah nanti.....insyaallah.
Heeheeehhee....dalam hal sebegini memang saya yang terlampau teruja dibandingkan suami saya kerana suami saya tidak berminat untuk memikirkan perkara yang bakal terjadi 10 @ 20 tahun lagi,dia lebih suka memikirkan apa yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat......Pada dia dalam tempoh 10 tahun macam-macam boleh berlaku.....benar juga tu namun itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk berangan :-).
Akhir kata selamat berangan pada semua pembaca.........:-P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan