Isnin, 20 Jun 2011

Sampai hati........

Salam,


Beberapa minggu ini pelbagai kisah berkaitan anak dan ibubapa terpapar dalam akhbar.....Sebagai seorang anak dan juga seorang ibu,saya memang tidak dapat mengelak dari turut merasa sedih apabila membaca kisah-kisah berkaitan anak.Sedih kerana ianya bukan sekadar cerita didalam sebuah novel mahupun kisah yang disiarkan di kaca TV.


Terbaru yang saya jumpa dalam akhbar adalah kes dera anak tanpa memberi makan.........saya memang tidak sanggup membaca cerita lanjut mengenai kisah kanak-kanak itu....cukup sekadar membaca tajuk berita sahaja.Apabila pandang sahaja gambar kanak-kanak yang amat-amat kurus itu,saya terus terbayangkan anak-anak saya.....andainya itu yang berlaku kepada anak-anak saya betapa zalimnya saya sebagai seorang ibu yang melahirkan.Bagaimana saya sanggup hendak melihat anak-anak tidak makan seharian sedangkan apabila bulan Ramadan ketika anak-anak baru belajar berpuasa dan tidak mampu meneruskan puasa maka saya biarkan mereka berbuka awal....tak sanggup lihat anak-anak lemah.Inikan pula membiarkan mereka berlapar sehingga berhari-hari....sehingga yang tinggal hanya tulang dan kulit yang membaluti tubuh.....sedih sungguh....


Apakah yang akan kanak-kanak itu kenang apabila mereka dewasa kelak?Inikah pengalaman yang ingin diberikan oleh ibu mahupun bapa mereka?Sesungguhnya ibubapa zaman sekarang tidak seperti ibubapa zaman dahulu....dimana di zaman itu ibubapa lebih sanggup berlapar demi menyediakan kelengkapan anak-anak...agar anak-anak tidak lapar dan bertenaga untuk ke sekolah.Memang itu tanggungjawap kita sebagai ibubapa walau apa alasan pun...mereka adalah tanggungjawap kita....kita yang melahirkan mereka...kita yang mahu mereka dilahirkan tapi mengapa selepas mereka dilahirkan kita abaikan tanggungjawap yang diamanahkan?Memang saya amat beremosi bila mengenangkan nasib kanak-kanak itu....ketika kanak-kanak itu dalam proses membesar,ibubapa pula berbalah.........janganlah anak-anak pula jadi mangsa.....renunglah mata mereka yang kecil itu....mana perginya kasih-sayang yang pernah ada untuk mereka ketika mereka masih dalam kandungan?


Pada saya,jika tidak sanggup menjaga kanak-kanak itu serahkanlah mereka pada ahli keluarga yang mampu menjaga dan memberi kasih-sayang kepada mereka........Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...itu memang benar namun sebagai ibubapa seharusnya tidak mengambil jalan mudah dengan menidakkan hak seorang anak.Kanak-kanak itu masih berhak untuk meneruskan hidup walaupun bukan dengan ibubapa kandung....jika dengan ibubapa kandung mereka dilayan sebegitu lebih baik dibesarkan oleh mereka yang lebih bertanggungjawap.


Semoga kanak-kanak itu kembali sihat dan berjaya dalam hidup........


Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan