Selasa, 6 Ogos 2013

Mak...

Alhamdullilah...akhirnya dapat berbuka puasa dengan mak...
Dah beri apa yang patut pada Mak...semoga Mak sudi menerima...Memang tiap-tiap tahun aku akan hadiahkan Mak baju...tak kisah la baju kurung atau jubah.Apa yg mampu aku beli dan berkenan itu yang akan ku berikan pada Mak...Walaupun tak seberapa pada orang lain namun aku berharap Mak terima pemberian ikhlas dari anaknya ini.
Semoga Aidilfitri mak tetap ceria disamping kakak dan cucu-cucu Mak....
Tahun ini aku akan sekali lagi berhariraya di Bukit Pekan bagi menyempurnakan hasrat suami dan anak-anakku yang ternyata lebih seronok berhari raya di kampung.Nak kata aku merungut tidak la cuma aku belum pernah lagi merasa berhari raya bersama mak lebih dari 2 hari walaupun cuti seminggu.
Hurmmm...kalaulah mak tinggal di Pekan pasti ada peluang untuk pulang ke kampungku pula.Pasti anak-anak pun dapat merasa suasana orang Pekan menyambut Aidilfitri. Pasti aku ada peluang ke rumah teman-teman lama yang hampir 23 tahun tidak ku temui. Rindu amat rasanya......Tapi mungkinkah mak akan tinggal di kampung?Siapa yang ada pun....Adik-beradik Mak memang ada disana tapi Mak lebih suka tinggal dengan cucu-cucu mak.
Aku pun tidak pasti apa yang meriahnya berhariraya di Bukit Pekan tu....Encik suami tak pernah pula bawa kami anak beranak ke rumah teman-teman lama dia....Kadang tu 2 hari beraya disana hanya duduk dirumah atau berjalan ke rumah keluarga berhampiran sahaja....Hanya anak-anak sahaja yang seronok sebab boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka,pusing 1 kampung collect duit dan malamnya membakar duit pulak...bakar bunga api aka mercun la tu.Adakah benar jika kita telah meningkat usia Aidilfitri itu lebih kepada anak-anak sahaja dan kita hanya perlu duduk dirumah menanti kehadiran tetamu?

Tetiba aku terkenangkan zaman persekolahan dulu...pusing kampung bersama teman-teman..betapa waktu itu tak mungkin akan berulang.

Kepada semua semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju agar Aidilfitri ini akan disambut ceria dan gembira bersama keluarga.

Wassalam,
Ramadan 28,1434H


Tiada ulasan:

Catat Ulasan