Selasa, 13 Ogos 2013

Puasa sunat Syawal

Wahai anak-anak yang Ibu cintai,

Semalam aku mula berpuasa ganti...cadangnya ingin menghabiskan 5 hari yg telah ditinggalkan dalam bulan Ramadan lalu dengan segera agar aku berpeluang menunaikan puasa 6 atau sunat Syawal,InsyaAllah.
Oleh kerana anakku Muhammad Fikri masih bercuti sekolah...dia merasa hairan kenapa aku berpuasa ganti sedangkan aku selalu berbuka puasa sama ketika Ramadan.Pada pendapatnya jika orang tidak berpuasa tidak boleh berbuka bersama yang lain.Tergelak sekejap bila dengar kata-katanya...aku jelaskan Ibu bukan Muhammad Firdaus yang bila tidak berpuasa makan seperti hari biasa..kejap-kejap nak air...kejap-kejap nak makan.Oleh kerana Ibu hanya makan ketika sahur dan tidak makan apa-apa sepanjang waktu kecuali minum tentulah Ibu boleh berbuka bersama.Namun Muhammad Fikri masih tidak berpuashati malahan beliau pelik kerana tidak pernah nampak aku minum...bila masa Ibu minum?Aku jelaskan bukankah kita tidak boleh makan dan minum dihadapan orang yang berpuasa sebagai tanda menghormati bulan Ramadan.Kenapa Ibu berpuasa ganti..kenapa Ibu tidak boleh puasa?Aku jelaskan lagi bahawa itulah ISTIMEWAnya wanita itu dimana ALLAH memberinya cuti tetapi perlu diganti.Jika datang bulan ketika Ramadan puasa perlu diganti pada hari-hari yang dibolehkan berpuasa.Ibu berpuasa ganti sekarang kerana Ibu ingin sambung berpuasa sunat Syawal atau puasa 6.
Muhammad Fikri hairan mengapa aku sibuk-sibuk ingin berpuasa sunat Syawal.Sunat saja,kan kata beliau.Aku pun bertanya,solat Tarawikh juga sunat tetapi mengapa umat Islam berebut-rebut melakukannya?Umat Islam sibuk melakukannya kerana ganjaran yang diterima begitu juga dengan puasa 6 Syawal....ianya adalah perbuatan sunat yang amat besar pahalanya.
Dan sebagai panduan kepada Muhammad Fikri dan anak-anak yang lain:

DALIL PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata:


Rasulullah saw bersabda:


Maksudnya:


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”


[Muslim no: 1164]


Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.


 Para ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.


Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.


Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.


Picture1


HUKUM PUASA ENAM SYAWAL


a. Hukumnya adalah sunat.


Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).


b. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.


Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]


BILAKAH DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.


Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.


Abu Hurairah ra berkata:


Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil)


Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].


pes


BAGAIMANA MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti


puasa wajib pada bulan Ramadhan.


Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:


1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.


Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.


Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.


Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:


Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran:133]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan