Isnin, 12 Ogos 2013

UPSR 2013

Salam semua,

Tahun ini giliran Muhammad Fikri pula...10 September 2013 tarikh bermula perjuangan beliau.Sebagai seorang Ibu tentulah besar harapanku untuk melihat dia mendapat paling kurang pun 3A.....namun semuanya bergantung pada diri Muhammad Fikri sendiri.Kata-kata semangat dan panduan telah kami sediakan hanya terserah pada beliau untuk gunapakai apa yang telah diberikan.
Hanya pada Allah sahaja harapan itu ku panjatkan.Aku juga selalu mohon agar dilembutkan hati Muhammad Fikri untuk rajin bersolat.Usaha tanpa berdoa kepada Allah adalah sombong dan berdoa tanpa usaha adalah bodoh.Maka solatlah anak-anakku kerana hanya dengan redha Allah kejayaan akan engkau perolehi.
Bila dengar kejayaan anak-anak orang lain,aku sedikit terasa.Apa kurangnya aku dan ayahnya yang selalu memberi perangsang dari segi kata-kata dan nasihat malahan ayahnya sanggup membeli pelbagai jenis buku bagi memudah Muhammad Fikri mengulangkaji.Tidak cukup dengan itu,beliau telah dihantar tuisyen sejak tahun 5.Muhammad Fikri bukan bodoh..begitu juga dengan anak-anakku yang lain.Semasa di tahun 1 dan 2 dia sering mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga tahun 3.Tetapi bila masuk tahun 4,dia mula malas...mula asyik bermain bola.Kalau beliau bodoh tentu tidak masuk kelas harapan UPSR 5A.Bila baca memo itu dari sekolah..hatiku berbunga-bunga...macam gadis mendapat surat cinta yang pertama.
Tapi,bila kukenangkan cara beliau belajar,hatiku terus gundah...terus takut...Macamana kalau beliau tidak mencapai target yang ditetapkan oleh sekolah?Macamana kalau nanti beliau akan diturunkan ke kelas yang kurang menjadi harapan sekolah?
Memang harapan yang kami letakkan itu berat untuk dipikul namun kalau beliau rajin membaca aku pasti segalanya mudah bagi beliau.Aku ingin beliau menjadi contoh yang baik kepada adik-adik terutama Nur Farah Ain kerana tahun depan giliran Ain pula.

Ya ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,permudahkan bagi Muhammad Fikri bin Azelin dalam menghadapi UPSR nanti.Amin.

Wassalam,
12/08/2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan