Jumaat, 16 Ogos 2013

selesai sudah...alhamdullilah

Salam sejahtera,

Alhamdullilah...tinggal beberapa jam lagi puasa ganti saya akan berakhir...selesai sudah puasa ganti bagi tahun ini.InsyaAllah jika diizinkan minggu depan akan sambung dengan puasa sunat syawal,Encik suami nak follow katanya.
Hujung minggu ni bercadang nak beraya dirumah kakak...nak jumpa Mak.Cadang nak ambik gambar dengan Mak pulak.Dah selalu sangat ambik gambar dgn orang Bukit Pekan...tahun ni nak ambik gambar dengan orang Pekan pulak <3 ...suka...suka...suka="" p="">

So jumpa lagi nanti.

Wassalam,
16/08/2013.



Rabu, 14 Ogos 2013

Tanpa tajuk.....

Adakalanya aku rasa tidak bahagia...
Berdosakah aku jika punya perasaan begitu?
Sedangkan ALLAH telah melengkapkan hidupku dengan rahmat yang dikurniakan...


Dia telah kutemui....

Ya ALLAH,

Aku memang dah lama cari dia...
Aku memang sentiasa memikirkan apa yang telah terjadi pada dia sekarang...
Macamana keadaannya sekarang....
Tapi aku tidak mahu bertemu dengan dia...
Aku sudah ada yang punya....
Apa yang harus aku lakukan sekarang setelah dia kutemui?

Aku ingin cuba menghubungi dia
Tapi aku tidak mahu memulakan sesuatu yang nanti akan kukesali

Ya ALLAH,

Setelah dia kini kutemui walau bukan dihadapan mata...
Aku kini serba-salah...
Hati berbelah bagi diantara mahu teruskan atau aku harus lupakan

Apa yang harusku lakukan?





Selasa, 13 Ogos 2013

Puasa sunat Syawal

Wahai anak-anak yang Ibu cintai,

Semalam aku mula berpuasa ganti...cadangnya ingin menghabiskan 5 hari yg telah ditinggalkan dalam bulan Ramadan lalu dengan segera agar aku berpeluang menunaikan puasa 6 atau sunat Syawal,InsyaAllah.
Oleh kerana anakku Muhammad Fikri masih bercuti sekolah...dia merasa hairan kenapa aku berpuasa ganti sedangkan aku selalu berbuka puasa sama ketika Ramadan.Pada pendapatnya jika orang tidak berpuasa tidak boleh berbuka bersama yang lain.Tergelak sekejap bila dengar kata-katanya...aku jelaskan Ibu bukan Muhammad Firdaus yang bila tidak berpuasa makan seperti hari biasa..kejap-kejap nak air...kejap-kejap nak makan.Oleh kerana Ibu hanya makan ketika sahur dan tidak makan apa-apa sepanjang waktu kecuali minum tentulah Ibu boleh berbuka bersama.Namun Muhammad Fikri masih tidak berpuashati malahan beliau pelik kerana tidak pernah nampak aku minum...bila masa Ibu minum?Aku jelaskan bukankah kita tidak boleh makan dan minum dihadapan orang yang berpuasa sebagai tanda menghormati bulan Ramadan.Kenapa Ibu berpuasa ganti..kenapa Ibu tidak boleh puasa?Aku jelaskan lagi bahawa itulah ISTIMEWAnya wanita itu dimana ALLAH memberinya cuti tetapi perlu diganti.Jika datang bulan ketika Ramadan puasa perlu diganti pada hari-hari yang dibolehkan berpuasa.Ibu berpuasa ganti sekarang kerana Ibu ingin sambung berpuasa sunat Syawal atau puasa 6.
Muhammad Fikri hairan mengapa aku sibuk-sibuk ingin berpuasa sunat Syawal.Sunat saja,kan kata beliau.Aku pun bertanya,solat Tarawikh juga sunat tetapi mengapa umat Islam berebut-rebut melakukannya?Umat Islam sibuk melakukannya kerana ganjaran yang diterima begitu juga dengan puasa 6 Syawal....ianya adalah perbuatan sunat yang amat besar pahalanya.
Dan sebagai panduan kepada Muhammad Fikri dan anak-anak yang lain:

DALIL PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata:


Rasulullah saw bersabda:


Maksudnya:


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”


[Muslim no: 1164]


Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.


 Para ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.


Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.


Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.


Picture1


HUKUM PUASA ENAM SYAWAL


a. Hukumnya adalah sunat.


Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).


b. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.


Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]


BILAKAH DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.


Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.


Abu Hurairah ra berkata:


Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil)


Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].


pes


BAGAIMANA MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti


puasa wajib pada bulan Ramadhan.


Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:


1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.


Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.


Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.


Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:


Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran:133]

Isnin, 12 Ogos 2013

UPSR 2013

Salam semua,

Tahun ini giliran Muhammad Fikri pula...10 September 2013 tarikh bermula perjuangan beliau.Sebagai seorang Ibu tentulah besar harapanku untuk melihat dia mendapat paling kurang pun 3A.....namun semuanya bergantung pada diri Muhammad Fikri sendiri.Kata-kata semangat dan panduan telah kami sediakan hanya terserah pada beliau untuk gunapakai apa yang telah diberikan.
Hanya pada Allah sahaja harapan itu ku panjatkan.Aku juga selalu mohon agar dilembutkan hati Muhammad Fikri untuk rajin bersolat.Usaha tanpa berdoa kepada Allah adalah sombong dan berdoa tanpa usaha adalah bodoh.Maka solatlah anak-anakku kerana hanya dengan redha Allah kejayaan akan engkau perolehi.
Bila dengar kejayaan anak-anak orang lain,aku sedikit terasa.Apa kurangnya aku dan ayahnya yang selalu memberi perangsang dari segi kata-kata dan nasihat malahan ayahnya sanggup membeli pelbagai jenis buku bagi memudah Muhammad Fikri mengulangkaji.Tidak cukup dengan itu,beliau telah dihantar tuisyen sejak tahun 5.Muhammad Fikri bukan bodoh..begitu juga dengan anak-anakku yang lain.Semasa di tahun 1 dan 2 dia sering mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga tahun 3.Tetapi bila masuk tahun 4,dia mula malas...mula asyik bermain bola.Kalau beliau bodoh tentu tidak masuk kelas harapan UPSR 5A.Bila baca memo itu dari sekolah..hatiku berbunga-bunga...macam gadis mendapat surat cinta yang pertama.
Tapi,bila kukenangkan cara beliau belajar,hatiku terus gundah...terus takut...Macamana kalau beliau tidak mencapai target yang ditetapkan oleh sekolah?Macamana kalau nanti beliau akan diturunkan ke kelas yang kurang menjadi harapan sekolah?
Memang harapan yang kami letakkan itu berat untuk dipikul namun kalau beliau rajin membaca aku pasti segalanya mudah bagi beliau.Aku ingin beliau menjadi contoh yang baik kepada adik-adik terutama Nur Farah Ain kerana tahun depan giliran Ain pula.

Ya ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,permudahkan bagi Muhammad Fikri bin Azelin dalam menghadapi UPSR nanti.Amin.

Wassalam,
12/08/2013.