Selasa, 13 Disember 2011

Bila hati ingin berkata-kata.......

Salam anak-anak ibu,
Ada masanya ibu simpan sahaja keinginan untuk bersuara semata-mata kerana tidak mahu kalian terasa hati,benci ataupun runsing fikiran dek kerana ibu yang asyik membebel ini.Namun,ibu harap kalian boleh fikir semula apa yang ibu katakan pada kalian.Anggaplah apa yang ibu katakan itu sebagai nasihat dan bukannya kerana ibu ingin memarahi....walaupun memang ianya dalam nada marah,maafkan ibu.
Ibu mana yang akan sengaja memarahi anak-anak melainkan ingin membetulkan apa yang salah dan tidak elok dilihat,didengar dan dilakukan.Semuanya sebagai panduan kalian dalam menempuh alam kedewasaan nanti.Inilah masa yang sesuai sebelum kalian menginjak remaja lalu dewasa lantas meninggalkan ibu dan ayah bagi mencapai cita-cita kalian.Doa ibu dan ayah agar kalian akan menjadi anak yang berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.Semoga kalian akan terus menjadi anak-anak kami yang baik dan tidak akan lupa pada ibu dan ayah.Besarlah harapan ibu dan ayah untuk melihat kalian berjaya mencapai apa yang kalian impi dan cita-citakan.Janganlah kalian sia-siakan masa muda kalian kerana ianya tidak akan berulang lagi,tidak akan ada waktu untuk kalian membetulkan apa yang telah berlaku dan tidak akan ada peluang lagi untuk kalian berpatah-balik melainkan kalian hanya akan belajar dari kesilapan yang berlaku.Peluang yang ada sekarang ini gunakanlah sebaiknya kerana ibu dan ayah bukan hidup selama-lamanya,berbuat baiklah kepada ibu dan ayah,kepada adik-beradik,kepada keluarga yang lain,kepada mereka yang lebih tua kerana tidak akan rugi jika kita berbuat baik dengan orang lain.
Sentiasalah berbudi-bahasa dan menjaga kesopanan diri kerana ianya cermin hasil didikan ibu dan ayah.Semoga anak-anak akan berjaya dalam hidup....Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan