Rabu, 21 Disember 2011

Penyusuan susu ibu mengikut Islam......

Salam pembaca yang dihormati,
Tidak dinafikan cabaran seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya dengan susu yang dikurniakan oleh Illahi adalah cabaran yang amat besar.Ianya menjadi masalah bila halangan datang dari teman-teman yang tidak memahami dan akan menjadi cabaran yang besar jika halangan itu datang dari keluarga sendiri.Pada pendapat saya dan juga mungkin pendapat ibu-ibu yang menyusukan anak secara ESKLUSIF pasti merasakan ianya anugerah ALLAH yang amat besar dan bernilai untuk anak yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan orang yang kita cintai dan juga merupakan kurniaan dariNya.
Banyak artikel samada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang menyatakan kebaikan susu ibu.Malahan ada hari khas untuk penyusuan ibu,menarik bukan!.Ingin saya kongsikan bersama artikel ini untuk makluman kepada mereka yang berminat dengan penyusuan ibu...termasuklah kepada mereka yang masih meragui kebaikannya.
Penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam
Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah swt sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita
dijadikan sebagai insan yang lemah ketika dilahirkan, dan berupaya untuk berdikari apabila meningkat
dewasa. Kita amat bergantung kepada kasih sayang ibu dan bapa yang melahirkan dan membesarkan
kita. Kasih sayang yang dicurahkan melalui penyusuan susu ibu, menjadi pengikat kasih yang kuat
antara kita dengan ibubapa. Penyusuan susu ibu mengandungi banyak kelebihan yang tersurat dan
juga yang tersirat.
Penyusuan susu ibu merupakan salah satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak.
Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini, hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja.
Allah swt telah memilih kaum wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka.
Setiap bayi yang baru lahir, dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya.  Penyusuan
susu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seseorang
bayi.  Oleh itu, penyusuan susu ibu telah dijadikan Allah swt, sebagai suatu perkara yang wajib
dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak. Ketetapan tentang kewajipan ini telah di sebut
oleh Allah swt melalui firmannya di dalam surah Al Baqarah, ayat ke 233.
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(surah Al Baqarah ayat 233)
Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yang
melahirkan, ataupun ibu susuan. Nabi Muhammad saw juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan
kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimah As-Sa’diyyah. Begitu juga Nabi Musa a.s yang
dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula oleh
Allah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di  seluruh
pelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.
Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qasaas.
“ Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa : susukan ia dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka
jatuhkan ia kedalam sungai (Nil) janganlah kamu khuatir dan janganlah pula kamu bersedih hati
kerana sesungguhnya kami akan mengembalikan nya kepadamu dan menjadikannya ( salah seorang )
daripada para Rasul. ”
(al-Qasas:7)
Kredit kepada : HUSM
Saya sendiri merasakan perbezaan hubungan saya dengan anak-anak yang tidak dapat susu ibu secara esklusif dgn yang menyusu secara esklusif.Kepada Fikri dan Farah Ain,maafkan ibu kerana tidak berjaya memberi yang terbaik semasa kamu kecil,dek kerana kurang pengetahuan,kurang galakan dan kurang semangat ketika itu.Yang paling ketara adalah PENGETAHUAN.Tiada sesiapa samada dari kalangan keluarga mahupun teman-teman yang memberi bimbingan mengenainya.Malahan ketika membuat rawatan lanjutan di hospital sepanjang 2 bulan terakhir kehamilan saya tidak pernah dipanggil untuk mendengar apa-apa taklimat berkaitan penyusuan ibu.
Tapi,alhamdullilah ketika mengandungkan Firdaus,saya dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai penyusuan ibu.Walaupun ketika itu saya tidak tahu mengenai EBM dan segala macam perkakasan untuk menyediakan susu secara esklusif namun saya dapat la menyusukan Firdaus selama hampir 2 tahun.Dimana waktu siang saya bekalkan Formula Milk dan malam hanya BF sahaja.Dan saya teruskan usaha ketika melahirkan Arissa dengan membeli peralatan mengepam sebagai persediaan utk BF secara esklusif....paling kurang pun 6 bulan.Alhamdullilah saya berjaya.
Dan kini saya akan berusaha meneruskannya untuk Airin.
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan