Isnin, 12 Ogos 2013

Selepas Aidilfitri...

Salam semua,

Hari ini kembali bertugas...mood raya memang tidak berapa nak ada mungkin kerana faktor usia.Sekarang ini hanya seronok meraikan anak-anak...masak-masak dan sediakan keperluan mereka.Tidak ada istilah berbaju lip-lap,bertumit tinggi atau bertudung 3 layer kerana kesempatan untuk membeli-belah memang tiada.Kalau ada waktu untuk membeli pun hanya mencari pakaian anak-anak....
Seronokkah Aidilfitri anda semua?Alhamdullilah kerana Allah masih memberi peluang padaku untuk meraikannya bersama keluarga.Cuma yang tidak seronoknya masih belum lagi duduk-bersalam-bermaafan dgn suami dan anak-anak.Dikampung hari tu mana ada peluang nak duduk tenung-tenung mata-menangis bagai sebab ipar-duai sibuk bermaafan dengan ibubapa mertua dan sibuk menghulur duit raya pada anak-anak saudara.
Harap nak ambik gambar di studio pun tak dapat sebab asyik tak betul je program yang dirancang.Apapun akan pi juga studio sbb belum ambik gambar raya kami anak beranak.Boleh juga hulur sekeping pada Mak....asyik hulur ke Bukit Pekan jek.
Aku memang asyik rasa boring jek sekarang ni....agaknya sebab kerap sangat beraya di Perak.Rasa macam aku lebihkan orang sana walau hakikatnya aku cuma mengikut kemahuan suami dan anak-anak yang lebih seronok beraya di kampung.Nak buat camne,nenek tinggal di Cheras kalau nenek tinggal di Pekan,Pahang lama dah ibu bawak kalian balik sana bila raya..ahhh...tak yah tunggu raya la...asal cuti sekolah je mesti ibu bawa kalian.Seronok sebab kat sana boleh mandi sungai..(klu sungai ada lagi la...)..kat Bukit Pekan mana ada sungai...air kat rumah pun bercatu...seksa kalau time perut tengah memulas...huhuhuuuu.

Abang,sempena Aidilfitri yang ke 13 kita bersama,Ima mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki semoga abang redha dengan isteri abang ini.Andai ada kata-kata dan tingkah-laku yang menyinggung perasaan abang,ampunkan Ima kerana Ima juga ada tekanan perasaan yang tidak mampu disimpan hanya didalam hati.Adakalanya Ima tidak mampu berterus-terang sedangkan kata-kata tergumpal didalam benak hati meronta untuk diluahkan.Kerana tidak mampu untuk meluahkan hanya airmata yang mengalir untuk melegakan hati yang sesak.

Semoga kita akan tetap bersama dunia dan akhirat,Amin.

Wassalam,
12/08/2013.

Selasa, 6 Ogos 2013

Mak...

Alhamdullilah...akhirnya dapat berbuka puasa dengan mak...
Dah beri apa yang patut pada Mak...semoga Mak sudi menerima...Memang tiap-tiap tahun aku akan hadiahkan Mak baju...tak kisah la baju kurung atau jubah.Apa yg mampu aku beli dan berkenan itu yang akan ku berikan pada Mak...Walaupun tak seberapa pada orang lain namun aku berharap Mak terima pemberian ikhlas dari anaknya ini.
Semoga Aidilfitri mak tetap ceria disamping kakak dan cucu-cucu Mak....
Tahun ini aku akan sekali lagi berhariraya di Bukit Pekan bagi menyempurnakan hasrat suami dan anak-anakku yang ternyata lebih seronok berhari raya di kampung.Nak kata aku merungut tidak la cuma aku belum pernah lagi merasa berhari raya bersama mak lebih dari 2 hari walaupun cuti seminggu.
Hurmmm...kalaulah mak tinggal di Pekan pasti ada peluang untuk pulang ke kampungku pula.Pasti anak-anak pun dapat merasa suasana orang Pekan menyambut Aidilfitri. Pasti aku ada peluang ke rumah teman-teman lama yang hampir 23 tahun tidak ku temui. Rindu amat rasanya......Tapi mungkinkah mak akan tinggal di kampung?Siapa yang ada pun....Adik-beradik Mak memang ada disana tapi Mak lebih suka tinggal dengan cucu-cucu mak.
Aku pun tidak pasti apa yang meriahnya berhariraya di Bukit Pekan tu....Encik suami tak pernah pula bawa kami anak beranak ke rumah teman-teman lama dia....Kadang tu 2 hari beraya disana hanya duduk dirumah atau berjalan ke rumah keluarga berhampiran sahaja....Hanya anak-anak sahaja yang seronok sebab boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka,pusing 1 kampung collect duit dan malamnya membakar duit pulak...bakar bunga api aka mercun la tu.Adakah benar jika kita telah meningkat usia Aidilfitri itu lebih kepada anak-anak sahaja dan kita hanya perlu duduk dirumah menanti kehadiran tetamu?

Tetiba aku terkenangkan zaman persekolahan dulu...pusing kampung bersama teman-teman..betapa waktu itu tak mungkin akan berulang.

Kepada semua semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju agar Aidilfitri ini akan disambut ceria dan gembira bersama keluarga.

Wassalam,
Ramadan 28,1434H


Isnin, 5 Ogos 2013

Mak.....

Aku rindu dengan mak!!!
Aku rindu dengan mak bila aku gaduh dengan Ain....
Aku rindu dengan mak bila mengenang masa aku kecil dulu....
Aku rindu dengan mak bila aku gaduh dengan Ain....
Aku muhasabah diri.....
Mak...ampunkan aku jika aku dulu tidak seperti aku sekarang...
Mungkin kerana kesilapan dan kealpaanku itu
Allah ujiku dengan anak yang sebegitu....
Aku redha...

Mak...aku sayangkan mak kerana mak segala-galanya...
Aku tiada orang lain selain dari mak...
Aku tiada AYAH......
Walaupun kita pernah susah namun aku tidak menjadikan itu sebab utk membenci mak...
Aku sedar mak selalu berusaha untuk kami...
Aku tahu mak sering susah kerana kami....

Maafkan aku mak kerana tidak selalu menjenguk...
Bukan tiada masa namun ada saja halangannya....
Maafkan aku mak kerana tidak selalu menghubungi...
Bukan tidak mahu malahan dalam hati meronta-ronta..
Tapi aku seakan-akan kaku bila ingin berbicara.....

Mak...
Aku benar-benar teringin membawa mak datang ke rumah...
Kenapa mak tidak mahu ke rumahku walaupun dijemput?
Aku tidak kaya tapi aku mahu berkongsi kesenanganku dengan mak....
Mak...
Aku rindu tiada siapa yang tahu....
Mak...
Semoga doa dalam solatku sampai kepadamu...
Aku mendoakan agar dirimu diberi kesihatan yang baik...
Aku mendoakan agar dirimu dalam keadaan sejahtera....
Aku doakan agar dirimu berada dalam golongan yang diampunkan...

Doaku dalam sujud...
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil... 

Kata-kata motivasi dari Prof Dr. Muhaya

Antaranya :
  • Tukar cara kita melihat sesuatu perkara yang kita lihat akan berubah. Guna kaca mata keimanan dan melihat segala sesuatu dengan mata hati dan sebarkan kasih sayang dan sayangi semua orang dan doakan orang yang berdosa di beri hidayah dan di ampunkan dosa mereka dan minta jauh dari kita melakukan kesalahan yang mereka lakukan.
  • 3 langkah untuk mendapat hidayah :
  • 1. Ibadah dan berbuat kebaikan. 2. Berkawan dgn orang baik, 3. Berdoa Allah beri hidayah.
Semoga kita semua berada didalam golongan yang mendapat pengampunan dari Allah.

Aidilfitri 2013

Salam,

Aidilfitri datang lagi dan alhamdullilah aku masih berkesempatan menjalankan ibadah puasa pada tahun ini.Masih belum dapat melakukan solat tarawikh kerana Arissa dan Airin belum boleh ditinggalkan.Berusaha menjaga solat sepanjang bulan Ramadan ini semoga berkekalan.
Cuba menjaga hubungan dengan anak-anak agar kami sentiasa gembira bersama.Namun,biasalah bila punya anak-anak yang semakin meningkat remaja...kerenah dan tutur-kata yg dilontarkan  pada ibu dan ayah selalunya mengikut perasaan.
Kadangkala cuma memahami hati dan perasaan anak-anak..selalu cuba memenuhi kehendak anak-anak...selalu cuba untuk mengambil hati anak-anak namun seringkali juga aku bertanya sendiri siapa pula yang sudi menjaga hati dan perasaanku sebagai IBU.Aku cuba lemparkan perasaan itu jauh-jauh dengan mengatakan aku redha dengan segala apa yg Allah telah berikan...kehidupan bersama suami dan anak-anak.
Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan terutamanya anak-anak.Memang sunyi jika mereka tiada...lain benar rasanya bila rumah yg selalunya riuh-rendah tiba-tiba sunyi bila anak-anak bercuti di kampung ayahnya.
Seringku sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak semoga kehidupan mereka berjaya didunia dan akhirat.Semoga segala apa yang mereka usahakan akan mendapat keberkatan dari Allah, Maha Pencipta.
Ya Allah,lembutkanlah hati anak-anakku Muhammad Fikri,Nur Farah Ain,Muhammad Firdaus,Nur Farah Arissa dan Nur Farah Airin agar rajin mengerjakan solat.Lembutkan tuturkata anak-anakku itu kepada kedua ibubapa mereka.Lembutkanlah hati anak-anakku itu agar memahami dan menurut perintahMu,ya Allah.Semoga mereka berada di jalan yg benar.

Selamat menyambut Aidilfitri 1434H kepada semua.

Ibu sayang kalian.